Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 5.3 Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dalam Aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap)

MODEL MERANCANG LADAP

Merancang LADAP: Penerbitan dan/atau Penggunaan bahan Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dipertimbangkan untuk merancang IADAP. Sebagai contoh, rancangkan suatu jenis LADAP

yang melibatkan cara-cara menghasilkan/menerbit dan/atau menggunakan alat dan media untuk tujuan meningkatkan proses pengajaran-pembelajaran (contoh: projektor overhed/transparensi, projektor filem sisipan/slaid, komputer/cakera, dan Iain-lain).

1. Kenal pasti masalah dan keperluan mengadakan kursus (rasional kursus)

2. Menentukan matlamat latihan iaitu apa yang peserta boleh buat di akhir kursus.

3. Menentukan objektif prestasi (pengetahuan, kemahiran dan sikap yang akan dicapai selepas latihan).

4. Mengenal pasti kemudahan fizikal dan tempat kursus.

5. Menentukan jumlah kewangan/peruntukan untuk menjalankan latihan.

6. Mengenal pasti sumber dan bilangan tenaga pengajar/penceramah (sila lihat surat tasvaran).

7. Menentukan metodologi latihan: Kuliah, perbincangan, bengkel, amali, dan lain-Iain.

8. Mengenal pasti peralatan dan bahan yang diperlukan untuk Ia-

(a) Peralatan dan bahan untuk peserta,

(b) Peralatan dan bahan untuk pengajar/penceramah.

9. Menentukan tarikh latihan, masa, tempoh latihan dan menyediakan jadual latihan.

10. Menyediakan PERT atau Carta Gant bagi perancangan aktiviti latihan.

11. Menyediakan borang penilaian latihan.

 

Menulis Surat Kepada Penceramah/Pengaiar Jemputan:

l. Nyatakan taiuk, matlamat dan objektif LADAP

2. Nyatakan tarikh, bilangan peserta dan tempat latihan peta/lokasi disertakan

3. Nvatakan kemudahan peralatan yang disediakan dan dapatkan maklumat peralatan dan bahan yang diperlukan oleh penceramah. Catitan: Sertakan brosur atau jadual latihan.

 

Langkah Sistematik Melaksanakan Satu Kacdah Pengajaran

I. Nyatakan matlamat pengajaran.

2. Kenal pasti prestasi atau objektifyang harus dicapai selepas tamat latihan.

3. Sediakan analisis pengajaran berdasarkan kepada langkah kedua (peta pengaiaran mengikut hieraki pembelajaran).

4. Bina ujian kriteria berasaskan kepada langkah kedua. Langkah pertama hingga keempat disediakan sebelum latihan bermula.

5. Buat strategi pengajaran:

(a) Adakan aktiviti prapengajaran,

(b) Buat persembahan isi pelajaran,

(c) Libatkan peserta dalam pengajaran (maklum balas dari pelajar),

(d) Beri ujian,

(e) Beri aktiviti susulan.

Langkah Sistematik Membina Bahan Penuajaran Model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey ( 1991 ) yang telah diubahsuai boleh digunakan untuk membina bahan media. Ada sembilan

langkah untuk membina bahan media mengikut pendekatan sistem (Yusup Hashim, 1993).

1. Menentukan perkara pelajaran.

2. Menentukan matlamat pengajaran (topik pelajaran).

3. Buat analisis kumpulan sasar, bilangan pelajar dan umur.

4. Buat analisis pengajaran.

5. Nvatakan objektif-objektifkhusus pcmbelajaran.

6. Bina ujian kriteria.

7. Bina media mengikut strategi pembelajaran.

8. Buat penilaian formatif.

9. Menyemak semula bahan.

10. Nvatakan objektif-objektifpengajaran.

11. Pilih, baiki atau bina bahan media.

12. Gunakan bahan media dalam pengajaran.

13. Rancangkan maklum balas dari pelajar.

14. Buat penilaian pengajaran.

PENUTUP

Sebuah pusat sumber atau pusat kegiatan guru yang boleh dikategorikan sebagai pusat contoh diukur dari segi perkhidmatan yang ditawarkannva. Perkhidmatan yang cekap dan mesra menyebabkan pengguna tertarik menggunakan pusat berkenaan (Schmid, 1987; Yusup, 1991

Selain aktiviti LADAP, PKG juga harus menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:

l. Menyediakan ruang, peralatan dan bahan untuk membina bahan pengajaran.

2. Membantu guru dalam pengaiaran sama ada dari segi kaedah atau penggunaan sumber pengajaran. Dalam konteks ini penyelaras PKG hendaklah proaktif bukan hanya menunggu guru datang PKG.

3. Mengumpul bahan dan pinjamkan kepada guru.

4. Sediakan pusat miukan/maklumat kurikulum dan pengajaran.

 

Ringkasan

Kertas kerja ini cuba menielaskan kepentingan LADAP, institusi-institusi pendidikan yang menawarkan LADAP dalam bidang teknologi pendidikan, jenis-jenis kursus yang boleh dijalankan oleh PKG, cara-cara merancang LADAP dan tiga contoh kursus teknologi pendidikan. Pada akhir website ini, saya juga telah mencadangkan beberapa perkhidmatan Iain yang boleh di tawarkan oleh PKG.

Updated: September 26, 2017 — 12:30 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: