Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 5.1 Peranan Pusat Kegiatan Guru (PKG) Dalam Aktiviti Latihan Dalam Perkhidmatan (Ladap)

PENGENALAN

PUSAT Kegiatan Guru (PKG) divvujudkan untuk meningkatkan profesionalisme guru yang pada akhirnya akan dapat meningkat dan menjamin mutu dan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Keperluan menubuhkan PKG ini dipengaruhi oleh perkembangan kurikulum dan penyusunan semula kurikulum supaya sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara. Di Malaysia, PKG (dulu dipanggil Pusat Sumber Pendidikan Daerah) didirikan untuk menyediakan suatu tempat di mana guru-guru sekitar dapat berbincang untuk memperbaiki cara-cara mengajar dan belajar. Di pusat ini guru perlu diberi pendedahan dan latihan yang secukupnya untuk melaksanakan KBSR dan KBSM yang memerlukan pendekatan yang inovatif baik dari segi kaedah atau penggunaan sumber-sumber pembelajaran. Oleh itu PKG merupakan tempat dan sumber terpenting untuk merealisasikan perkembangan dan perubahan kurikulum di peringkat grassroot disamping mendapat kerjasama dan sokongan dari rangkaian pusat sumber pendidikan negeri ( PSPN) dan pusat sumber sekolah yang dijalankan oleh V.V.George (1980), PSP (1986) dan Sim (1986) juga menyokong kepentingan LADAP. Masalah utama kenapa guru tidak menggunakan pusat sumber sekolah atau lebih khusus peralatan media baru ialah kerana mereka tidak mendapat Iatihan (Fatimah Abu Bakar, 1981; Sim, 1986; Mazlan, 1990). Kajian Ismail (1988) pula menunjukkan bahawa PSPN boleh meningkatkan profesionalime guru melalui LADAP manakala Abd. Latif Gapor

(1990) pula mendapati guru yang menyertai LADAP lebih kerap Institusi yang Menawarkan LADAP dalam Bidang Teknologi Pendidikan LADAP terbahagi kepada latihan jangka pendek dan latihan jangka panjang. la ditawarkan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat.

Latihan jangka pendek mungkin memakan masa satu hari hingga dua minggu dan biasanya diadakan pada huiung minggu atau masa cuti sekolah. Biasanya latihan diberi dalam bentuk ceramah, seminar atau bengkel. Ada juga latihan yang diberi secara sandaran iaitu peserta ditempatkan di makmal atau di bengkel untuk menialankan latihan praktikal. Penilaian dijalankan selepas tamat latihan dan biasanya peserta tidak menduduki peperiksaan. Sijil penyertaan diberi kepada tiap-tiap peserta.

 

Institusi-institusi yang menyediakan LADAP jangka pendek:

1. Universiti-universiti tempatan.

2. Pusat Perkembangan Kurikulum.

3. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan.

4. Institut Aminuddin Baki.

5. Pusat Sumber Pendidikan Negeri.

6. Unit Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri.

7. Pusat Kegiatan Guru.

 

Institusi-institusi yang menyediakan LADAP jangka panjang:

1. Universiti-universiti tempatan.

2. Institut Perguruan Darulaman (dulu Maktab Perguruan llmu Khas (MPIK).

3. Institut Aminuddin Baki.

 

LADAP di Pusat Teknologi Pendidikan dan Media, Universiti Sains Malaysia Pusat Teknologi Pcndidikan dan Media menawarkan kursus Teknologi Pendidikan bagi guru-guru terlatih selania setahun. Sebelum ini MPIK telah menawarkan kursus APD yang bermula pada tahun 1960 (Nurudin Jamin, 1978). Unit Teknologi Pendidikan (sekarang Pusat Teknologi Pendidikan dan Media) telah memulakan kursus teknologi pendidikan semenjak tahun 1974. Pada masa itu kursus ini dipanggil kursus penyiaran. Sehingga sesi pengambilan 1993/94, USM telah melatih seramai 604 peserta Rancangan Sijil Teknologi Pendidikan dalam bidang Media dan Komputer Pendidikan.

Dalam bidang media, kursus-kursus pengkhususan yang ditawarkan ialah:

I. NTP 011 : Prinsip-prinsip penerbitan media.

2. NTP 012: Penerbitan program audio dan radio pendidikan.

3. NTP 013: Penerbitan rancangan video dan televisyen pendidikan.

4. NTP 014: Komputer dalam pendidikan.

Dalam bidang komputer, kursus-kursus pengkhususan yang dita-

warkan ialah:

1. NTP 021: Sistem komputer dan pengaturcaraan.

2. NT? 022: Aplikasi pukal-pukal komputer.

3. NTP 023: Prinsip-prinsip pengaturcaraan grafik.

4. NTP 024: Reka bentuk pengajaran berbantuan komputer.

Di samping kursus-kursus pengkhususan bagi kumpulan media

 

JENIS LADAP

Berikut disenaraikan dua program IADAP yang mungkin boleh dijalankan oleh PKG: Program Reka Bentuk dan Teknologi Pengajaran (PRTP). PRTP menyediakan latihan asas teori dalam reka bentuk pengajaran dan pembinaan bahan media menggunakan model-model pendekatan sistern seperti model ASSURE ( 1982, 1991 Gagne’, Briggs dan Wager (1991 ) dan model Dick dan Carey ( 1985, 1991 Peserta juga akan didedahkan dengan teori-teori asas pengajaran dan komunikasi, prinsip-prinsip teknologi pengajaran dan komponen-komponennya, peranan dan kepentingan media dalam pengajaran, teknologi-teknklogi pengajaran dan pembelajaran masa kini, penilaian dan pemilihan bahan, program media pendidikan dan kajian-kajian program media pendidikan di luar dan dalam negeri.

Updated: September 26, 2017 — 12:21 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: