Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

BAB 4.2 PUSAT SUMBER KELOMPOK (PSK) – KONSEP DAN MODEL

Model Atau Contoh PSK

Pada pendapat suya, ada tiga model PSK yang boleh diberi perjatian. Pemilihan kepada salaj satu model ini bergantung kepada keadaan tempat, saiz sekolah, lokasi sekolah dan keadaan PSS itu sendiri (jika sudah ada). Kumpulan PSS atau sekolah-sekolah yang ingin menubuhkan PSK boleh menhadikan model-model ini sebagai panduan, Tiap-tuap model ini juga menpunyai objektif-objecktig yang tertentu mengikut prioritu masing-masing.

Dalam model ini, PSK ini harus merancang aktivitinya dengan membri tumpuan kepada pelajar dan guru. Guru dan pelar akan sma-sma menggunakan PSK ini.

Objektif PSK Model 1 (mengikut priority):

  1. Sebagai pusat menjalankan aktivii penerbian alat dan bahan pengajaran (bentuk cetak dan bukan cetak) mengikut keperluan kurikulum dan sukatan pelajaran,
  2. Sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran maklumat mengenai alat dan bahan yang dibeli atau diterbitlan sendiri atau dipinjam untuk kemudahan murid dan guru mendapat dan mengunakanya.
  3. Sebagai pusat meminjamkan alat dan bahan/perisian media.
  4. Sebagai pusat menjalankan tugas pemilihan, penilaian, penasihatan dan pembelian alat atau bahan pengajaran.
  5. Sebagai pusat menyelaraskan latihan dalam perkhidmatan.

Jawatankuasa PSK

Suatu jawatankuasa perlu ditubuhkan yang terbahagi kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatnkuasa Kerja. Ahli Jawatankuasa Induk terdiri daripda Pengerusi (dipilih dari kalangan Pengetua atau Guru Besar) Setiausaha, Bendahari dan ahli ahli Jawatankuasa (semua Pengetua atau Guru Besar sekolah yang terlibat).

Ahli jawatankuasa kerja terdiri daripada guru pentelaras, semua sumber perlu disediakan mungkin dipilihkan dari sekilah-sekolah yang menjadi anggota PSK ataupun di bangunan lain yang difikirkan sesuai dan strategic dengan kelompok sekolah yang dikenalpasti.

PSK model 2 ini harus merencanakan aktivitinya dengan memberi tumpuan kepada guru sebagai sasaran utama. Oleh yang demikian model jenis ini kadangkala berfungsi seperti Pusat Kegiatan Guru (PKG). Sekarang ini terdapat 350 PKG yang bergerak di tiap-tiap daerah pendidikan.

 

Objektif PSK Model 2 (mengikut priority)

  1. Sebagai pusat pengumplan dan pengedaran tentang maklumat alat dan bahan pengajaran (bentuk cetak dan bukan cetak) yang terdapat di PSPN dan UTP supaya mudah guru mengesan dan mendapatkannya.
  2. Menyelaras aktiviti penerbitan alat dan bahan pengajaran secara kelompok di PSS yang dikenal pasti.
  3. Menyelaras aktiviti pinjaman alat dan bahan media (seperti projector slaid, filem sisipan, tranparensi, carta dan lain-lain) antara PSS yang berhampiran ata PSS yang luar dari kelompok berkenaan.
  4. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan.
  5. Menyelaras dan mengurus pemilihan, penilaian dan pembelian alat atau bahan media secara kelompok dan menenukan penempatan alat dan bahan yang dibeli di PSS yang dikenal pasti.
  6. Menjadi perunding bagi perancangan penggunaan media dalam pengajaran.

*Jawatankuasa seperti model 1

Bilik Pusat Sumber Kelompok

Salah satu dari PSS boleh digunakan untuk pengumpulan dan pengedaran maklumat serta lain-lain kerja penyelarasan. Dalam model 2, tiada berlaku pemindahan dan pemusatan alat dari PSS. Yang penting dalam model ini ialah tiap-tiap PSS harus memperkemaskan pengurusan PSS masing masing supaya aktiviti pinjaman alat dan bahan antara PSS dapat berjalan dengan licin. PSS menjadi pusat satelit kepada PSK ini.

PSK model 3 ini wujud atas nama jawatankuasa sahaja dan segala aktivitinya berupa penyelarasan antara PSS. Sasaran utama ialah guru.

 

Objektif PSK Model 3 (mengikut priority)

  1. Menyelaras aktiviti pengumpulan dan pengedaran maklumat mengenai alat dan bahan pengajaran yang terdapat di PSS yang berhampiran, di PSK yang lain atau di PSPN dan UTP dan sebagainya.
  2. Menyelaras aktiviti pinjaman media (filem sisipan, video, disket, computer dan lain-lain).
  3. Menyelaras aktiviti pinjaman APD (projector overhed, slaid dan lain-lain)
  4. Menyelaras aktiviti penerbitan alat atau bahan pengajaran secara kelompok di PSS yang dikenal pasti.
  5. Menyeleras dan mengurus pemilihan, penilaian dan pembelian alat dan menentukan penempatan alat dan bahan yang dibeli di salh sebuah PSS yang dipilih.
  6. Menyelaras latihan dalam perkhidmatan dengan bantuan PSPN, Unit Kurikulum, JPN (termasuk KBSR dan KBSM) dan seumpamanya.
  7. Mengajar forum, seminar atau bengkel dengan kerjasama PSPSN.
  8. Menjadi perunding bagi perancangan penggunaan media dalam pengajaran.

*Jawatankuasa seperti model 1 dan 2.

Bilik Pusa Sumber Kelompok

Salah sebuah PSS boleh digunakan untuk tujuan pengumpulan dan pengedaran maklumat serta lain-lain kerja penyelarasan. Dalam model ini, tida berlaku pemindahan dan pemusatan alat dan bahan pengajaran-pembelajaran. Yang penting dalam model ini ialah persefahaan dan kerjasama yang baik antara PSS.

 

Jawatankuasa model 1 dan 2

Salah sebuah PSS boleh digunakan untuk tujuan pengumpulan pengedaran maklumat serta lain-lain kerja penyelarasan. Dalam ini, tiada berlaku pemindahan dan pemusatan alat dan bahan ajaran-pembelajaran. Yang penting dalam model ini ialah persefahaman dan kerjasama yang baik antara PSS. Tiap-tiap PSS perlulah kemaskan pengurusan PSS masing-masing supaya pro gunaan media pendidikan dapat dilaksanakan obiektif yang tersebut di atas dapat dilaksanakan ia peluang-peluang kemudahan pengaiaran-pembelajaran yang bermakna kepada sekolah-sekolah yang berada dalam sesuatu kurikulum dan inovasi-inovasi teknologi pendidikan.
Hubungan PSK dan PSPN

  1. Boleh menjalankan aktiviti pinjaman media antara PSK dan PSPN.
  2. Boleh mendapatkan pinjaman lat pengajaran (APD) dari PSPN.
  3. Boleh meminta bantuan PSPN dalam merancang, menganjur atau menjalankan aktiviti latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang memerlukan.

4.     Boleh mendapat bantuan PSPN dalam aktiviti penerbitan bahan pengajaran (bahan cetak dan bukan cetak).

5.     Boleh mendapat bantuan PSPN dalam aktiviti pcnyelidikan dan pembangunan/pengumpulan sumber di PSS atau PSK khusunya bahan media murah.

6.     Boleh mendapat kemudahan untuk mengadakan ceramah, forum atau bengkel mengenai teknologi pengaiaran atau pengurusan pendidikan.

7.     Boleh mendapatkan nasihat, bimbingan dan maklumat mengenai perkembangan kurikulum dan inovasi-inovasi baru dalam teknologi pendidikan. PSPN berfungsi sebagai penyelaras, penasihat dan pembantu dalam menyelesaikan masalah pengajaran serta perancangan dan pelaksanaan program PSS atau PSK.
Jawatankuasa PSK Suatu jawatankuasa perlu ditubuhkan yang terbahagi kepada jawatankuasa induk yang terdiri daripada Pengerusi (dipilih di kalangan Guru besar/Pengetua), setiausaha, bendahari dan ahli-ahli iawatankuasa (semua Guru Besar/Pengetua yang terlibat) dan seorang wakil PIBG dari tiap-tiap sekolah yang terlibat. Jawatankuasa kerja terdiri daripada seorang guru penyelaras, semua guru sumber sckolah dan seorang wakil dari Panitia mata pelajaran atau kakitangan penting.

 

Bilik Pusat Sumber Kelompok

Sebuah bilik sumber perlu disediakan mungkin dipilih yang menjadi anggota kepada PSK ataupun di bangunan lain yang difikirkan sesuai dengan kelompok sekolah yang telah dikenal pasti.

 

Penutup

Tiga jenis model yang telah diutarakan hanya merupakan saranan sahaja. Sebagai model ia mungkin Nampak mudah dari segi teorinya tetapi pada praktik atau amalanya mungkin mempunyai kekurangan serta kelemahan. Walaupun demikian pihak yang berminat boleh menggunakanya sebagai titik permulaan dalam usaha merancang dan menubuhkan PSK. Dalam model 2 dan 3, sebelum hendak ditubuhkan PSK, objektif penubuhan pusat sumber sekolah perlu dikenalpasti dan dilaksanakan kerana PSK tidak mungkin berfungsi jika tidak wujud PSS di sekolah-sekolah yang berkenaan.

Updated: September 26, 2017 — 12:11 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: