Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 9.2 TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN PERANANNYA DAIAM SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

PERANAN PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Sistem pendidikan akan mengalami perubahan berikutan dengan per- kembangan teknologi komputer dan telekomunikasi. Perkembangan ini akan mempengaruhi kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah akan dibaniiri Oleh maklumat yang dibawa oleh

teknologi-teknologi maklumat baru yang tersebut di atas. Proses pengajaran dan pcmbelajaran memerlukan pendekatan yang lebih inovatif untuk mengambil peluang daripada perkembangan teknologi maklumat ini. Untuk menghadapai cabaran ini, guru, pelajar, pusat sumber pendidikan, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan harus menilai semula peranan masing-masing sesuai dengan revolusi zaman maklumat ini. Mengikut Reigeluth ( 1987), semakin jauh kita berada dalam

masyarakat yang berteknologi tinggi, cepat berubah dan berorientasikan maklumat, semakin rendah struktur sistem pendidikan. Oleh yang demikian kita perlu mengubah dan menilai semula cara sekolah berjalan, pendekatan pengajaran dan cara murid belajar.

 

Peranan Guru Guru boleh memainkan tiga peranan berikut:

Pertama, peranan guru bukan lagi sebagai sumber utama memberi dan menyampaikan maklumat malahan hendaklah bertindak sebagai pemudah eara atau pengurus untuk mendapatkan maklumat. Di negara-negara maju, para pendidik sudah mula memikirkan semula peranan guru. Adakah guru masih kekal berperanan sebagai pemberi maklumat tunggal atau sebagai pemudah cara? Untuk menjadi pemudah cara maklumat, guru harus mempunyai kemahiran mencari dan

menggunakan maklumat dan pelajar perlu juga diajar kemahiran ini. Kemahiran maklumat mengikut Brake ( 1980) adalah ‘kebolehan untuk mendapat dan mengesan semula maklumat daripada pelbagai sumber maklumat yang banyak dan ia haruslah relevan dan cukup untuk menyelesaikan masalah yang telah dikenal pasti.’ Lebih dari itu, kemahiran maklumat juga bermaksud kebolehan untuk mencari, memilih dan menggunakan maklumat itu dengan tepat.

 

Kedua, guru harus mempunyai kebolehan meyusun semula ledakan maklumat yang diperolehi dari berbagai sumber supaya dapat dijadikan maklumat yang berstruktur untuk tuiuan pengajaran. Pengetahuan dalam reka bentuk pengajaran boleh membantu guru membina bahan-bahan pembelajaran seperti hipermedia atau multimedia. Guru atau pereka pengaiaran boleh membina bahan ini menggunakan reka bentuk berstruktur atau bukan berstruktur (Jonassen, 1991; Yusup

dan Razmah, 1992). Model Elaboration (Reigeluth, 1983) atau model Hieirarki (Gagne’, 1989) boleh digunakan untuk membina bahan. Sebagai contoh, tajuk pelajaran Seiarah bagi tingkatan 4 ‘Detik-detik Kemerdekaan Tanah Melayu’ telah direka bentuk menggunakan teori elaboration Pmgram berbentuk hipermedia ini diprogram menggunakan perisian HyperCard (Iihat Rajah 18.7).

 

Ketiga, guru-guru harus tahu menggunakan teknologi komunikasi seperti telefon, CCFIV, cakera optik, cakera video, komputer, CD Rom, cakera padat, hantaran elektronik, faksimili dan teknik-teknik penyampaian melalui telesidang audio, video dan komputer untuk memudahkan proses penerimaan, penyaluran atau penyebaran maklumat kepada pelajar. Kemudahan yang dibekalkan oleh teknologi-teknologi telekomunikasi ini akan dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh World Alamanac 1993, Malaysia mempunyai sebuah peti televisyen bagi tiap-tiap tuiuh orang, satu set radio bagi tiap-tiap dua orang dan satu telefon bagi tiap-tiap 10 orang (New Straits Time, 1993). Kemudahan seperti ini akan memudahkan lagi penggunaan teknologi maklumat.

 

Peranan Pelajar

Untuk mendapatkan faedah dari perkembangan teknologi maklumat ini, pelajar boleh memainkan peranan berikut:

Pertama, pelajar harus mempunyai kebolehan (bijak) mengesan, mencari, menilai, memilih dan menggunakan maklumat yang sesuai secara berkesan untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membuat keputusan tanpa mengira daripada mana sumber itu diperolehi. Selain itu, pelajar juga harus mempunyai kemahiran membaca, belajar dan menialankan uji kaji dan penyelidikan untuk menjadi pengguna maklumat yang berkesan.

 

Kedua, peranan pelajar ialah mendapatkan dan melengkapkan diri dengan maklumat yang sebanyak mungkin. Matlamat kerajaan ialah mewujudkan masyarakat yang kaya dengan maklumat menjelang tahun 2020 (Mahathir, 1991 Wawasan ini hanya akan tercapai menggunakan teknologi maklumat. Sesebuah negara akan meniadi kuat dan berkuasa jika ia mempunyai maklumat serta bijak pula memilih dan menggunakan maklumat.

 

Ketiga, seperti guru, pelaiar juga harus tahu menggunakan tekno. logi maklumat yang terdapat di pusat sumber sekolah. Pelajar tidak boleh lagi bergantung kepada guru untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tetapi hendaklah bet-usaha sendiri mendapatkannya. Pendekatan pengajaran akan berubah daripada tingkah laku dan cognitipism keconstructivism. Pelajar digalakkan bertikir dan membina model mental sendiri menggunakan teknologi maklumat. Mengikut Asiah ( 1992) perkembangan teknologi maklumat akan mempengaruhi cara-cara belaiar iaitu pelajar tidak lagi terikat dalam bilik darjah tetapi belajar dipusat sumber elektronik melalui maklumat yang disalurkan oleh satelit ke pusat sumber elektronik.

Updated: October 4, 2017 — 2:28 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2018 Frontier Theme
%d bloggers like this: