Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 8.7 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Seterusnya, perkembangan teknologi pendidikan mengikut Lumsdaine adalah kerana perkembangan pengaruh-pengaruh berikut:-

(a) Kepentingan perbezaan individu dalam pembelajaran seperti alat pengajaran kendiri yang dihasilkan oleh Pressey ( 1950) dan Briggs ( 1960), program bercabang oleh Crowder ( 1959)

dan penggunaan komputer dalam pengajaran.

(b) Pengaruh sains tingkah laku dan teori-teori pembelajaran seperti pengajaran terancang yang dipelopori oleh Skinner (1968) yang menekankan kepentingan kemungkinan peneguhan dalam pembelajaran.

(c) Pengaruh sains teknologi fizikal seperti dalam gambar bergerak, televisyen dan pengajaran pita video dan Iain-Iain alat pandang dengar yang menjadi bahan sokongan kepada media

bercetak. (Gagne, Robert dan Briggs Leslie J. , Principles of Instructional Design, 1979, hal. 2())

4. Teknologi pendidikan kadangkala dikaitkan dengan komputer dan Iain-Iain alat media yang digunakan dalam pengajaran. Namun demikian ada kecenderungan menyabitkan teknologi pendidikan dengan proses perancangan di mana suatu sistem pengajaran direka bentuk, dilaksana, dikawal dan dinilai untuk mencapai suatu objektif pembelajaran yang berkesan.

5. Teknologi pendidikan ialah mengenai pengajaran dan pembelajaran. la bukannya komputer, televisyen dan lain-lain alat bantuan mengajar. Teknologi pendidikan adalah satu cara pemikiran dan juga menentukan matlamat-matlamat pendidikan yang sesungguhnya boleh dicapai oleh golongan pelajar-pelajar tertentu dalam keadaan/latar yang tertentu. la adalah satu proses menggalakkan kita membuat pertimbangan tentang pemilihan strategi-strategi pengajaran dan media. la juga merupakan suatu proses yang menggerakkan kita mengenal pasti semua fungsi dan sumber yang diperlukan bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan. Segala kegiatan dan sumber ini akan dikoordinasi dan diuruskan dengan cara vang berkesan. Jadi yang pentingnya teknologi pendidikan ialah proses perancangan dan penciptaan yang cuba mengintegrasikan nilai-nilai kebudayaan dengan amalan-amalan pengajaran dan sumber-sumber supaya tercapai matlamat pendidikan yang dipandang mulia oleh sesuatu masyarakat itu.

6, Teknologi pendidikan adalah merupakan suatu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, melaksana, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan aspek-aspek pembelaiaran manusia. Dalam teknologi pendidikan, penyelesaian kepada masalah-mxsalah mencakupi segala bentuk sumber pembelajaran yang dirancang dan/atau dipilih dan/atau digunakan untuk menghasilkan pembelajaran. Sumber-sumber ini dikenal pasti sebagai mescj, manusia, bahan, peralatan, teknik

dan Iatar.  Proses untuk menyelesaikan masalah-masalah ini dikenal pasti sebagai fungsi-fungsi pengembangan pendidikan yang mengandungi kaji selidik teori, reka bentuk, keluaran, pemilihan-

penilaian, logistik dan penggunaan. Proses mengendali atau mengkoordinasi satu atau lebih dari fungsi itu dikenal pasti sebagai fungsi pengurusan pendidikan yang mengandungi pengurusan organisasi kakitangan. Hubungan antara elemen-elemen ini dapat dilihat dalam model domain teknologi pendidikan dalam Rajah 17.3. (Gågne, Robert dan Briggs Leslie J. , Principles of

Instructional Design, 1979, hal. 2())

7. Teknologi pendidikan adalah penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksana sistem-sistcm pengajaran dengan penekanan kepada pencapaian objektiEobjektif pendidikan yang tepat dan boleh diukur, pemusatan kepada pelajar bukan orientasi kepada mata pelajaran, lebih bergantung kepada teori pendidikan, kesahan, dapatan-dapatan pendidikan melalui analisis-analisis empirikal dan penggunaan alat pandang dengar yang meluas. Kadangkala teknologi pendidikan juga dikaitkan dengan penggunaan alat-alat sebagai suatu teknik pengajaran

seperti pengajaran berbantuan komputer, penggunaan pelbagai media dan Iain-lain bahan pengajaran kendiri yang menggunakan media.

8. Teknologi pendidikan melibatkan proses saintifik yang meluas ke arah penyelesaian masalah-masalah pendidikan bagi memenuhi kehendak-kehendak pelajar.

Updated: October 4, 2017 — 2:39 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2018 Frontier Theme
%d bloggers like this: