Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 8.8 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN

Kita selalu mendengar orang menyebut istilah teknologi pendidikan tetapi kurang sekali mendengar orang perkatakan teknologi pengajaran atau sistem-sistem teknologi pengajaran. Sebenarnya terdapat kekeliruan dalam kedua istilah tersebut terutama bagi negara-negara maju

yang pesat menggunakan teknologi pengaiaran khususnya dan teknologi pendidikan amnya dalam sistem pendidikan.

Bagi negara kita Malaysia, kekeliruan ini masih belum ketara kerana istilah teknologi pengajaran itu masih lagi baru dan untuk mengelakkan kekeliruan di masa-masa akan datang, ada baiknya kita perhatikan perbezaan antara kedua-dua istilah ini. Teknologi pendidikan adalah satu bidang ilmu yang luas lagi kompleks. Mengikut AECI, dalam buku “Ibe Definition of Technology (1977) kita perlu melibatkan 16 bahagian sebelum kita dapat memberi suatu definisi yang tepat dan menyeluruh mengenai teknologi pendidikan. Teknologi pendidikan adalah lebih luas bidangnya dari teknologi pengajaran jika kita dapat menerima hakikat bahawa bidang pengajaran adalah suatu set kecil dalam pendidikan. Memandangkan bidang teknologi pendidikan itu terlalu luas lagi kompleks, ada baiknya kita hadkan atau kecilkan skopnya kepada teknologi pengaiaran supaya lebih tepat, sesuai dan praktikal bagi kita sebagai pendidik yang tugas utamanya adalah memudah dan mcmaiukan proses pengaiaran dan pembelaiaran. Yang berikut adalah beberapa definisi

Teknologi pengajaran:

1. Teknologi pengajaran adalah merupakan suatu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembclajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. Dalam teknologi pengajaran, penyelesaian kepada masalah-masalah tergolong dalam komponen-komponen sistem pengajaran yang dapat dikenal pasti sebagai mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan Iatar.

Proses untuk menganalisis masalah-masalah pembelaiaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai masalah-masalah itu dikenal pasti sebagai firngsi-fungsi pengembangan pengajaran yang

mengandungi kaji selidik teori, reka bentuk, keluaran, pemilihan, penilaian dan penggunaan. Proses mengendali atau mengkoordinasikan satu atau lebih dari fungsi it-u dikenal pasti pula sebagai fungsi pengurusan pengajaran yang mengandungi pengurusan organisasi dan kakitangan. Hubungan antara elemen-elemen ini dapat dilihat dalam domain teknologi pengajaran seperti dalam Rajah 17.4.

Dalam rajah ini, teknologi pengajaran telah dibahagikan kepada tiga fungsi iaitu:

• Fungsi pengurusan pengajaran

• Fungsi pengembangan pengajaran

• Komponen sistem pengajaran

 

Fungsi pengurusan bertujuan untuk mengarah atau mengawal fungsi pengembangan pengaiaran atau lain-lain fungsi pengurusan supaya teknologi pengajaran dapat berialan dengan berkesan. pengembangan pengaiaran menumpukan kepada penyelesaian masalah dan memikirkan cara-cara mereka, melaksana dan menilai komponen pengajaran. Komponen sistem pengajaran pula adalah untuk memudahkan proses pembelajaran. Komponen-komponen ini termasu data, manusia dan benda vang boleh digunakan secara terpisah atau kombinasi. Untuk menjelaskan tungsi dan tujuan tiap-tiap domain, beberapa contoh dibcrikan dalam jadual berikut:

(a) Fungsi Pengurusan Pengajaran:

  • Mentadbir fungsi pengembangan pengaiaran dan sumber-sumber
  • pembelajaran.
  • Mentadbir pusat sumber pendidikan.
  • Membekalkan perkhidmatan perkeranian.
  • Menyelia kakitangan teknikal
  • Merancang latihan.
  • Merancang pengambilan dan perkembangan kakitangan.

(b) Fungsi Pengembangan Pengajaran:

  • Menjalankan projek penyelidikan.
  • Menganalisis data penyelidikan.
  • Mereka bentuk bahan pengajaran
  • Membina modul pengajaran untuk pengajaran kendiri.
  • Mereka bentuk kemudahan media pusat sumber pendidikan.
  • Mereka bentuk pengajaran berbantu komputer.
  • Menerbitkan filem sisipan.
  • Menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan bahan pengajaran berbantu komputer.
  • Menghasil persisian hipermedia/multimedia.
  • Mengarah penerbitan video.
  • Menjalankan uiian perintis prototaip bahan pengajaran.
  • Meniniau dan memilih bahan pengajaran.
  • Membina instrumen ujian.
Updated: October 4, 2017 — 2:16 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2018 Frontier Theme
%d bloggers like this: