Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 8.6 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

Jika fungsi dan amalannya masih berada pada takuk lama, dicadangkan supaya Jawarankuasa Penasihat Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan menilai semula peranan teknologi pendidikan supaya sesuai dengan konsep dan matlamatnya untuk memudah dan memajukan proses pengajaran dan pembelajaran. Penyemakan semula ini akan memberi justifikasi yang kuat terhadap peranan baru Bahagian Teknologi Pendidikan yang dulunya berfungsi sebagai Bahagian Penyebaran Perkhidmatan Media (Educational Media Services Division) tetapi sekarang merangkumi kesemua komponen atau domain teknologi pendidikan itu (Iihat Rajah 17.3).

Cadangan-cadangan adalah seperti berikut:

1. Menjalankan penilaian dan penyelidikan tentang keberkesanan penggunaan alat/bahan media (teknologi sebagai alat) dari segi kos, masa dan tenaga.

2. Menggunakan pendekatan sistem dalam menghasilkan sesuatu alat/bahan pengajaran (cetak dan bukan cetak) dan bagaimana alat dan bahan ini dapat diintegrasikan dalam kurikulum dan pengajaran. Kajian PTPM,USM (1990) dan Yusup (1991) menunjukkan bahawa guru-guru kurang mempunyai pengetahuan dalam prinsip-prinsip reka bentuk pengaiaran bagi menghasilkan bahan-bahan pengajaran. Kajian Ismail ( 1994) pula menunjukkan bahawa penggunaan reka bentuk pengajaran dapat membantu meningkatkan proses pengajaran.

3. Mengkaji model-model reka bentuk pengajaran dan pengembangan pengajaran secara terperinci dan bagaimana model- model ini dapat membantu dalam perancangan kurikulum dan pengajaran.

4. Menyediakan pengurusan yang sistematik dalam mengumpul, mengklasifikasi, mengkatalog alat dan bahan media (cetak dan bukan cetak) bagi memudahkan pengurusan perolehan, penggunaan dan penyebaran. Kemungkinan menggunakan komputer dalam pengurusan sumber-sumber pembelajaran harus dimula-

5. Mewujudkan satu standard program media pendidikan bagi tiap-tiap peringkat pendidikan iaitu dari peringkat universiti hingga ke peringkat sekolah. Standard atau panduan ini boleh dijadikan asas untuk menilai program media pendidikan dari segi peralatan, kemudahan dan kakitangan (Yusup, 1991 , 1994).

Aspek-aspek yang tersebut di atas secara umum dapat dikesan dalam definisi teknologi pendidikan atau teknologi pengajaran yang dipetik daripada beberapa surnber rujukan. Melalui definisi ini mungkin dapat membantu kita memahami lebih mendalam tentang konsep dan peranan teknologi pendidikan/pengajaran dan seterusnya mengamalkannya di sekolah supaya dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu kita harus juga mempertimbangkan kesan teknologi maklumat ke atas sistem pendidikan di negara ini. Sejauh mana maklumat elektronik yang dibawa oleh teknologi komputer dan teknologi telekomunikasi dapat menvokong proses pengaiaran dan pembelajaran. Adakah teknologi maklumat sebahagian daripada teknologi pengajaran atau teknologi pengajaran bererti teknologi maklumat? (Yusup, 1994)

 

BEBERAPA DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Yang berikut adalah beberapa definsi teknologi pendidikan:

l. Teknologi pendidikan adalah merupakan perkembangan, penggunaan dan penilaian terhadap sistem-sistem, teknik-teknik dan alat-alat bantuan mengajar untuk membaiki proses pembelajaran manusia. ((NCET), National Councilfor Educational Technology, 1973)

2. Teknologi pendidikan menitikberatkan penggunaan kaedah-kaedah moden dan teknologi-teknologi secara sistematik dalam pengajaran dan pembelajaran. la melibatkan guru dalam berbagai peranan-peranan tradisional dan peranan yang masih diperkembangkan. Dalam definisi ini, fokus utama ialah guru dan cara dia menyesuaikan diri dalam bilik darjah. Peranan guru dikira penting dalam menentukan keberkesanan pembelajaran. Salah satu tujuan mengkaji teknologi pendidikan sudah semestinya menggunakan kebolehan tiap-tiap orang guru dengan sebaik- baiknya dan dalam konteks ini adalah tidak realistik jika kita ketepikan peranan guru dalam usaha kita membincangkan definisi teknologi pendidikan.

3. Bagi Lumsdaine (1964) teknologi pendidikan boleh ditinjau dari dua sudut. Pertama, ia dilihat dari segi penggunaan perkakasan (hardware) yang menekankan kepentingan alat bantuari mengajar. Kemunculannya bermula dari penggunaan sains fizikal dalam pendidikan dan sistem latihan. Yang kedua, ia dipandang dari sudut perisian (software) yang berkaitan dengan penggunaan prinsip-prinsip pembelajaran dalam pembentukan tingkah laku yang terancang dan tersengaja. Kemunculannya bermula dari penggunaan sains tingkah laku dalam masalah-masalah pembelajaran dan motivasi. Pandangan dari sudut ini berkait rapat dengan prinsip-prinsip pembelajaran terancang yang mengandungi ciri-ciri analisis tugasan, objektif-objektif pembelajaran, pemilihan strategi-strategi pembelajaran yang sesuai, peneguhan dan peniIaian yang berterusan.

Updated: October 4, 2017 — 11:51 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: