Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 8.5 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

PENUBUHAN PERSATUAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN MALAYSIA (PTPM)

Tahun-tahun 1987 dan 1988 mempunyai peristiwa-peristiwa yang penting dan bersejarah dalam perkembangan teknologi pendidikan di Malavsia. Pada bulan Jun 1987 telah ditubuhkan Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (PTPM). Penubuhan PTPM telah dirasmikan dalam Konvensyen Teknologi Pendidikan Pertama pada 18 hingga 20 Jun 1987. Konvensyen ini telah dilancar dengan rasminya oleh Encik Anuar Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia. Beliau menyokong kuat penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur kepada mana-mana pihak yang tidak menggunakan teknologi pendidikan untuk meningkatkan mutu pendidikan negara (Berita Harian, 1987).

 

Objektif-ObjektifPenubuhan PTPM :

1. Menggalakkan perkembangan teknologi pendidikan untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, latihan dan pengurusan pendidikan yang sehubungan dengannya.

2. Menggalakkan kajian dan penyelidikan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan teknologi pendidikan.

3. Menggalakkan penciptaan dan penerbitan alat-bahan yang berbagai bent-uk dan corak untuk kegunaan pendidikan.

4. Menyediakan kemudahan penvebaran maklumat mengenai perkembangan teknologi pendidikan melalui penerbitan dan pengedaran bahan cetak dan bahan bukan cetak.

5. Menganjurkan perjumpaan, seminar, bengkel. dan persidangan untuk tujuan bertukar pendapat dan pandangan antara ahli-ahli dan pakar-pakar teknologi pendidikan.

6. Menyertai persidangan serta memberikan kerjasama kepada pertubuhan/organisasi yang ada kaitan dengan teknologi pendidikan di dalam dan di luar negeri.

7. Mengelola lawatan ke agensi yang ada kaitan dengan teknologi pendidikan serta mengadakan pameran/tunjuk cara sehubungan dengannya.

8. Memberikan khidmat nasihat dan perundingan kepada pihak-pihak yang berkenaan berhubung dengan teknplogi pendidikan.

 

PENUBUHAN BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Usaha yang lebih gigih ke arall memantapkan lagi penggunaan teknologi pendidikan berlaku pada I Januari 1988 apabila nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) telah ditukarkan kepada Bahaglan Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan. Penukaran nama ini memang sesuai dan tepat dengan kedudukan dan peranannya sebagai satu badan yang menyelaraskan semua aktiviti yang berkaitan dengan teknologi pendidikan dari peringkat kementerian hinggalah ke peringkat sekolah ( Urusan Malaysia, 1988 ). Dalam masa yang sama Unit Perpustakaan yang dulunya terletak di Bahagian Sekolah-sekolah telah diserapkan sebagai satu unit di Bahagian Teknologi Pendidikan (Kementerian Pendidikan, 1988). Ini dilakukan untuk memperluaskan dan memperkukuhkan lagi konsep teknologi pendidikan yang juga mencakupi buku dan Iain-Iain bahan-bahan

Dari segi falsafahnya BTP berpegang kepada:

Bahawa penggunaan pelbagai jenis media pendidikan secara terancang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih menarik dan berkesan sejajar dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Pembudayaan dan penyerapan teknologi pendidikan di kalangan guru dan pelajar akan dapat memenuhi matlamat BTP untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. Matlamat ini pula akan.tercapai menerusi objektif-objektif berikut:

I. Untuk memupuk kesedaran terhadap pentingnya peranan teknologi pendidikan dalam perkembangan dan kemajuan pendidikan di negara mi.

2. Untuk memberi perkhidmatan bantuan yang boleh mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran, khususnya untuk faedah sekolah-sekolah di luar bandar.

3. Untuk menggalakkan guru-guru menyampaikan pelajaran dengan cara yang lebih kreatif dan inovatif melalui penggunaan pelbagai jenis media pendidikan.

4. Untuk mendorong murid-murid memperolehi pengetahuan secara lebih menarik dan berkesan melalui pelbagai jenis media pendidikan.

5. Untuk memberi perkhidmatan bantuan dalam rancangan latihan guru prakhidmat dan dalam perkhidmatan, khususnya dalam bidang teknologi pendidikan.

6. Untuk membantu dalam perancangan dan pelaksanaan sebarang pembaharuan dalam bidang pengajaran dan kurikulum.

7. Untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal ke arah penggunaan alat-alat media pendidikan secara berkesan.

8. Untuk menyebarkan maklumat mengenai pembaharuan dan perkembangan dalam bidang pendidikan kepada guru-guru dan ibu bapa,

Penubuhan rangkaian pusat-pusat sumber dari peringkat kementerian (BTP), peringkat negeri (PSPN), peringkat daerah (PKG) hingga ke peringkat sekolah (PSS) menunjukkan betapa serius dan komitednya Kementerian Pendidikan kususnya BTP untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara ini (lihat Rajah 17.2). Mengikut Asiah(1990):

Adalah wajar BTP memainkan peranan sebagai pemimpin dan pemandu utama dalam usaha memupuk dan mewuiudkan budaya teknologi pcndidikan dan budaya ilmu di kalangan guru dan mutid. Dalam konteks ini, ‘core mission’, objektifdan dan bidang tugas BTP haruslah jelas supaya dapat mewujudkan rangkaian tanggungjawab yang lebih berkesan dengan pihak- pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah di mana terdapatnya PKG dan Jabatan Pendidikan Negeri di mana terdapatnya PSPN. Adakah perubahan dan perkembangan ini menunjukkan bahawa teknologi pendidikan telah mencapai tahap maju dari segi teori dan amalannya atau hanya merupakan perubahan atau perkembangan dari segi organisasi atau institusi sedangkan fungsi dan amalannya tetap seperti dulu?

 

Updated: October 4, 2017 — 11:46 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: