Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 8.3 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

PERKEMBANGAN RANGKAIAN PUSAT SUMBER

Untuk menghasilkan guru yang pakar dalam media pengajaran, rangkaian pusat sumber atau media telah diwujudkan dari Kementerian Pendidikan hinggalah ke peringkat sekolah. Di samping itu institusi pengajian tinggi dan maktab perguruan telah menyediakan kursus media pengajaran bagi bakal guru dan guru terlatih. Tiap-tiap sekolah digalakkan menubåh pusat sumber sekolah masing-masing. Sebagai usaha untuk menyelaraskan penggunaan istilah ‘pusat sumber sekolah’, Kementerian Pendidikan melalui surat pekeliling KP(BS)8752-C(8) berarikh I Mac 1983 telah mencadangkan supaya, ‘Pusat Sumber Sekolah digunakan secara rasmi untuk menggantikan istilah-istilah Iain seperti perpustakaan sumber sekolah, pusat media sekolah, pusat resos sekolah, pusat alat pandang dengar sekolah dan sebagainya’ ( Kementerian Pendidikan, 1983). Penyelarasan istilah juga merupakan tindakan positif Kernenterian Pendidikan untuk mengintegrasikan perpustakaan ke dalam organisasi pusat sumber sekolah. Di peringkat negeri, pada peringkat awal empat buah Pusat Sumber Pelajaran Negeri (PSPN) telah ditubuhkan di negeri Kedah (1982), Kelantan (1982), Pahang (1983) dan Terengganu (1984). Negeri-negeri ini dipilih atas sebab taraf sosioekonominya yang rendah. Perancangan penubuhan PSPN di negeri-negeri lain telah dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Keenam ( 1991—95). Setakat ini 14 buah PSPN telah ditubuhkan di seluruh negara. Matlamat utama penubuhan PSPN ialah menyediakan latihan dalam perkhidmatan bagi guru-guru yang sedang berkhidmat tentang kaedah baru dalam proses pengajaran dan pembelaiaran di samping menjadi pusat yang membekalkan maklumat, bahan rujukan dan sumber pengaiaran dan pembelajaran.

Di peringkat daerah pula telah dimulakan rancangan untuk membina Pusat Sumber Pendidikan Daerah (PSPD). Pusat-pusat ini telah dan akan dibekalkan dengan alat dan bahan teknologi pendidikan di bawah peruntukan Bank Dunia ke-8 dan ke-l() (Kementerian Pendidikan, 1986). PSPD ini mula ditubuhkan pada akhir tahun 1986 di seluruh Malaysia. Pada 14 Ogos 1990, nama PSPD telah ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG) (Kementerian Pendidikan, 1990). Nama yang baru ini dapat memberi gambaran yang sebenarnya tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Di samping itu PKG dapat menampung kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi daerah pendidikan yang luas yang tidak mungkin dapat ditangani oleh PSPN. Sejumlah 35() PKG telah didirikan dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM 6). Perkembangan seterusnya melibatkan penubuhan Unit Teknologi Pendidikan ( UTP) di tiap-tiap Jabatan Pendidikan Negeri pada tahun 1982. UTP ditubuhkan untuk menggantikan unit Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSI)). Kemudian dalam tahun 1987, UTP telah dicantum dan diserapkan pula ke dalam struktur organisasi PSPN sebagai usaha untuk mewujudkan satu rangkaian khidmat sokongan pendidikan yang kemas, teratur dan berkesan. Proses percantuman dan penyerapan ini meletakkan empat buah PSPN di bawah kawalan dan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (Kementerian Pendidikan, 1987). Langkah ini pada umumnya akan dapat memantapkan lagi pembudayaan dan penggunaan teknologi pengajaran dalam sistem pendidikan sekolah di peringkat negeri.

Di peringkat Kementerian Pendidikan pula, pada tahun 1983 Jawatankuasa Penyelarasan Rancangan Teknologi Pendidikan telah ditubuhkan dengan tujuan menyelaraskan pelaksanaan rancangan-rancangan berkaitan dengan pusat sumber sekolah dan pusat sumber daerah. Jawatankuasa ini dianggotai oleh pengarah/wakil dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan, Bahagian Sekolah-sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Pendidikan Guru (Kementerian Pendidikan, 1983).

Di Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (nama baru Bahagian Teknologi Pendidikan) ditubuhkan pula Jawatankuasa Penasihat bagi menyelaraskan aktiviti-aktiviti UTP, peringkat negeri, pusat sumber sekolall dan pusat sumber daerah. Di maktab-maktab perguruan pula, kursus Teknologi Sistem Pengajaran telah diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan guru pada tahun 1981. Melalui kursus ini diharap dapat mendedahkan kepada bakal-bakal guru kaedah dan teknologi-teknologi baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Updated: October 4, 2017 — 11:40 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: