Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 8.1 PERKEMBANGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN TINJAUAN TENTANG KONSEP DAN DEFINISI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN TEKNOLOGI PENGAJARAN

PENGENALAN

DI MALAYSIA kepentingan teknologi pendidikan di institusi pendidikan telah mula diperdebatkan sejak tahun 1970-an lagi (Yusup, 1991 Dalam seminar, bengkel, forum, jurnal, majalah, akhbar dan

Iain-lain media sebaran am, isu teknologi pendidikan sering mendapat perhatian. Sepanjang dua dekad ini apakah kesannya terhadap sistem pendidikan? Adakah masyarakat pendidikan dapat menerima budaya teknologi pengajaran ini? Kedua-dua soalan mungkin dapat dijawab serta dihuraikan jika kita tinjau kembali sejarah perkembangannya. Untuk tuiuan ini, perkembangan teknologi pendidikan di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat atau tiga zaman:

1. Zaman pra dan POS merdeka : Perkembangan bahan visual 1949—1971

2. Zaman 1972-79

3. Zaman 1980-90

ZAMAN PRA DAN pos MERDEKA 1949-71: PERKEMBANGAN BAHAN VISUAL DAN PANDANG DENGAR

Pengaruh teknologi pendidikan bermula dengan penggunaan bahan visual seperti gambar, carta dinding, peta, glob, bahan realia, model-model dan bahan terbuang. Di samping itu, papan hitam, papan flanel, papan kenyataan dan papan magnet merupakan alat-alat utama bagi menyampaikan pengajaran manakala pelajar-pelajar pula menggunakan papan batu dan bahan-bahan bercetak untuk pembelajaran. Kemudian alat pandang dengar seperti projektor slaid, projektor filem jalur dan projektor 16mm telah mula digunakan terutamanya selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Penggunaan alat pandang dengar bermula pada awal tahun 1950-an iaitu setelah tertubuhnya sebuah Jawatankuasa Alat Pandang Dcngar (APD) peringkat persekutuan pada tahun 1949 dan Jawatankuasa Alat Pandang Dengar pcringkat negeri pada tahun 1959. Ahli APD peringkat persekutuan terdiri daripada ahli jawatankuasa AFD negeri.

Objektif utama jawatankuasa APD ialah merangsang sekolah menggunakan APD (Nurudin Jamin, 1978). Pusat-pusat APD negeri ditadbir oleh Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan yang kemudiannya telah menubuhkan pula beberapa buah pusat APD daerah. Pusat API) daerah ditubuhkan untuk membekalkan perkhidmatan APD kepada sekolah-sekolah kebangsaan yang terletak di kawasan luar bandar. Terdapat sebanyak 202 buah pusat APD daerah di seluruh negara ketika itu (Kementerian Pelajaran, 1964). Pusat-pusat ini sama ada di peringkat negeri ataupun daerah telah dibekalkan dengan alat-alat dan bahan-bahan bantuan mengajar untuk membantu

guru dalam pengajaran. Guru APD telah dilatih di Maktab Perguruan 11mu Khas untuk mengurus pusat APD daerah. Kursus APD telah diperkenalkan pada tahun 1960.

Pada tahun 1967 pusat APD kebangsaan telah ditubuhkan. Peranan utama pusat ini ialah memberi khidmat dan kemudahan di dalam kesemua bidang pendidikan APD. Dalam tahun yang sama, pusat ini telah menerbitkan majalah APD dua kali setahun (Jesudos, 1970). Jurnal ini pada mulanya diterbitkan dalam dwibahasa dan merupakan bahan bacaan utama dalam usaha memperkenal dan menyebarkan maklumat dan pengetahuan mengenai APD.

Siaran radio ke sekolah bermula dalam tahun 1946, diterbitkan oleh Radio Malaya, Singapura tetapi perkhidmatannya telah dihentikan pada tahun 1964. Perkhidmatan ditamatkan kerana keperluan pendidikan bagi Singapura dan Malaysia tidak sama. Dalam tahun 1966 siaran radio ke sekolah-sekolah telah dilancarkan di bawah kelolaan Kementerian Penerangan dan Penyiaran dengan kerjasama Kementerian Pendidikan. Dalam tahun 1970 tugas ini diambil alih oleh Kementerian Pendidikan.

Siaran TV Pendidikan ke sekolah-sekolah bermula dalam bentuk projek perintis pada tahun 1965. Projek ini ialah mengenai pengajaran Sains untuk tingkatan satu dan empat. la merupakan projek usaha sama antara Kementerian Penerangan dengan Kementerian Pendidikan. Siaran TV Pendidikan secara rasmi dan menyeluruh telah dilancarkan dalam tahun 1972.

Sejarah perkembangan APD di Malaysia banyak dipengaruhi oleh perkembangan APD di United Kingdom (UK) dan Amerika. Pegawai pendidikan dan guru mendapat latihan dari UK dan Amerika.

Tumpuan utama zaman ini ialah penggunaan APD iaitu visual tidak bergerak seperti gambar, slaid, poster dan carta dan bahan audio seperti radio dan tutur. Pusat-pusat APD di peringkat nasional, negeri dan daerah ditubuhkan untuk menyokong perkembangan bahan pandang dan dengar ini.

Updated: October 4, 2017 — 11:14 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: