Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 7.2 TREN PENGGUNAAN MEDIA PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Produk

Tren 1:

Perkakasan dan perisian menjadi lebih kecil dan lebih pintar.

Contoh:

(a) Pita audio gelendong terbuka menjadi kaset audio mikro.

(b) Cakera video laser menjadi video digital padat.

(c) Komputer kerangka kepada mikrokomputer.

Tren2:

Penggunaan perkakasan media menjadi lebih mudah, berkesan dan menjimatkan masa.

Contoh:

(a) Menggunakan perakam video adalah lebih mudah dan lebih cepat berbanding dengan projektor filem.

(b) Mengedit video adalah lebih mudah, cepat dan murah berbanding dengan mengedit filem.

(c) Menghasilkan slaid menggunakan komputer adalah lebih cepat berbanding dengan memproses filem slaid.

(d) Persembahan menjadi lebih berkesan dan menarik terutama pengunaan multimedia/hipermedia.

(e) Maklumat (visual dan data) boleh dihantar atau diterima dengan pantas dan serta-merta (contoh: faksimili, telesidang video dan internet).

Tren perkembangan teknologi produk ini telah membawa penurunan kos:

• penggunaan yang lebih mudah,

• akses maklumat lebih cepat,

• reka bentuk media pengajaran yang lebih fleksibel dan

• perkakasan lebih mudah alih.

Jika perkakasan media itu lebih mudah alih dan senang digunakan, ia boleh digunakan di mana-mana sahaja. Justeru itu proses pembelajaran boleh berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai contoh, komputer bimbit seperti Power Book atau Note Book dan mikro kaset audio boleh digunakan dalam kapal terbang, bilik hotel, tempat persinggahan dan sebagainya.

Tren3:

Perkembangan rangkaian pembelajaran menggunakan komputer dan teknologi komunikasi. Dalam zaman maklumat, komputer dan teknologi seperti satelit, gelombang mikro dan gentian optik telah memudah dan mempercepat hantaran maklumat. Siaran dan maklumat menjadi lebih jelas, terang dan menarik. Dunia menjadi lebih kecil (atau dipanggil ‘global village’) akibat daripada perkembangan teknologi komunikasi seperti:

(a) Jaring/lnternet menggunakan e-mail.

(b) Rangkain maklumat dunia atau world-wide web.

(c) Telesidang audio dan video.

Di Malaysia, pelancaran satelit MEASAT I dan Il pada tahun 1996 akan memudah dan memperkembangkan penggunaan komputer dan media telekomunikasi di institusi pendidikan dan latihan. Institusi pengajian tinggi dan sekolah telah menggunakan media telekomunikasi dan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat pendidikan jarak jauh yang telah ditubuhkan di tiap-tiap universiti menggunakan telesidang video dan internet untuk membekalkan bahan pembelajaran kepada pelajar jarak jauh. Di samping itu institusi pendidikan telah dibekalkan dengan komputer mikro supaya dapat memudahkan lagi penggunaan teknologi maklumat (penggunaan multimedia) yang mungkin dapat dibekalkan oleh MSC (Multimedia Super Corridor). Konsep Sekolah Bestari (Smart School) telah mula diperkenalkan di mana media dan kaedah pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan komputer dan media telekomunikasi yang canggih.

Tren4

Penggunaan pendekatan sistem dalam reka bentuk dan pembinaan media pengajaran.

(a) Penggunaan model pengajaran untuk mereka bentuk, membina dan menilai pengajaran.

(b) Penggunaan teori pengajaran dan komunikasi.

 

Reka bentuk pengajaran biasanya mempunyai elemen berikut:

(a) Kenal pasti matlamat pengajaran.

(b) Analisis ciri pelajar dan peringkat masuk.

(c) Jalankan analisis pengajaran.

(d) Kenal pasti objektifpengajaran.

(e) Bina item ujian kriteria.

(t) Bina strategi pengajaran.

(g) Reka bentuk dan pilih media.

(h) Jalankan penilaian formatif.

(i) Semak semula pengajaran.

Perancangan dan pelaksanaan pengajaran menggunakan pendekatan sistematik mementingkan bahan dan pelaiar yang akan menggunakannya. Maksudnya pelajar dan pembelajarannya menjadi fokus utama. Guru mengurus atau memudahkan proses pembelajaran menggunakan kaedah dan media yang sesuai dengan gaya belajar dan kebolehan tiap-tiap individu.

2. Tren5

Perkembangan pusat sumber pendidikan. Di Malaysia perkembangan ini sangat ketara dengan tertubuhnya pusat sumber pendidikan daripada peringkat kementerian hingga ke peringkat sekolah. Terdapat 8316 pusat sumber sekolah, 350 pusat kegiatan guru dan 14 pusat surnber negeri. Di samping itu, MCA (Malaysian Chinese Association) telah menubuhkan 500 pusat sumber pendidikan di bawah Projek Langkawi manakala MIC (Malaysian Indian Association) melalui Murugan telah menubuhkan 300 pusat sumber.

 

Updated: October 4, 2017 — 11:06 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: