Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 7.1 TREN PENGGUNAAN MEDIA PENDIDIKAN DI MALAYSIA

APAKAH MEDIA, ADAKAH ANDA GUNA?
MEDIA mempunyai beberapa definisi atau pengertian. Media boleh definisikan sebagai penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem, video, radio, gambar foto, risalah, poster dan sebagainya (Heinich, Molenda, Russell, 1981 ). Pengertian ini lebih menekankan komunikasi. Media dijangka dapat memudahkan proses komunikasi antara penghantar dan penerima. Ada pula yang menyatakan media itu adalah televisyen, radio, transparensi overhed, slaid dan sebagainya. Dan ada pula yang mentakrifkan media itu meliputi media baru seperti video, komputer dan lain-Iain media telekomunikasi dan media lama seperti papan hitam, papan flanel, carta dan sebagainya.
Pernyataan di atas secara umum membawa pengertian bahawa media itu mencakupi peralatan atau perkakasan (radio), bahan (slaid) atau kedua-dua sekali. Peralatan atau bahan membawa konotasi yang sama iaitu media. Untuk mendapatkan satu definisi yang menyeluruh dan bagi kegunaan buku ini, media boleh definisikan sebagai peralatan dan bahan (perisian) media yang dibina dan dirancang untuk tujuan menyampaikan maklumat atau pengetahuan.

 

APAKAH PENGAJARAN, TEKNOLOGI MEDIA?
Mengikut Romiszowski (1988) pengajaran adalah proses yang berorientasikan matlamat vang dirancang terlebih dulu. Bagi Heinich, Molenda dan Russell ( 1981 ) pengaiaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran.
Proses pengajaran digunakan dalam pendidikan dan latihan terutamanya dalam institusi pendidikan seperti sekolah, maktab atau universiti. Dalam latihan, istilah pengajaran juga digunakan dalam latihan industri, ketenteraan atau perniagaan tetapi berbeza dari segi matlamat dan konteks. Dalarn pendidikan, matlamat pengajaran ialah meningkatkan proses pembelajaran dalam sesuatu kemahiran yang dipelajari untuk pendidikan jangka panjang. Manakala dalam latihan, matlamat pengajaran ialah untuk meningkatkan prestasi atau kemahiran/pengetahuan bagi sesuatu tugasan dalam konteks profesion atau kerjaya pekerja.

 

APAKAH MEDIA PENGAJARAN?
Jika media digunakan untuk tuiuan pengajaran sama ada dalam pendidikan atau latihan, maka ia menjadi media pengajaran. Jika media itu digunakan untuk tujuan penyampaian atau persembahan maklumat, maka media itu menjadi media maklumat. Sebagai contoh, video dokumentari yang ditunjukkan di kaca televisyen adalah video
maklumat. Namun demikian video dokumentari boleh menjadi media pengajaran jika ia dirancang untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk tujuan buku ini, istilah media pengajaran membawa maksud sebagai peralatan perkakasan dan bahan (perisian ) media yang telah dikenal pasti dipilih, dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran. Ba-
han pembelajaran kendiri seperti modul pengajaran yang digunakan oleh pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh terdiri daripada media yang mempunyai keupayaan untuk mengendalikan sendiri proses pengaiaran dan pembelajaran (Yusup, 1993).

PENGGUNAAN MEDIA DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN
Media terbahagi kepada lapan jenis:
1.Media tayang kaku seperti transparensi, slaid, mikrofilem dan Iain-Iain.
2. Media tayang bergerak seperti pita video, cakera padat digital, cakera video laser dan filem.
3. Bahan grafik seperti Iukisan, poster, kartun, carta dan graf.
4. Gambar kaku seperti fotografi, kad imbasan, poskad dan lain-Iain.
5. Bahan pameran tiga-dimensi seperti model, boneka, pupet, diorama dan Iain-lain.
6. Papan pameran seperti papan kapur, papan putih, papan flanel, papan buletin, papan elektrik dan lain-Iain.
7. Media audio seperti pita kaset, cakera padat, kuliah dan lain-Iain.
8.Media cetak seperti modul, buku teks, panduan belajar, surat khabar, riasalah, majalah dan Iain-lain.

Tren perkembangan dan penggunaan media pendidikan boleh dilihat dalam dua aspek iaitu dalam aspek teknologi produk dan aspek teknologi proses:

I. Produk: Perkakasan dan perisian termasuk bahan pengajaran dan pem belajaran.

2. Proses: Reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran.

Updated: October 4, 2017 — 11:01 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: