Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 6.2 Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh

ADAKAH TEKNOLOGI PENDIDIKAN DIAMAL DAN DIGUNAKAN OLEH
GURU DI SEKOLAH?
Pada dasarnya teknologi pendidikan telah dan sedang diamal dan dilaksanakan di sekolah-sekolah sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita telah pun melihat guru-guru menggunakan alat-alat dan bahan-bahan media seperti komputer, rakaman video, televisyen, radio, rakaman kaset, projektor overhed, projektor filem sisipan, pemidang elektrik, pemidang magnet dan Iain-lain lagi sebagai alat/bahan sokongan dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaannya lebih ternyata dalam melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR, 1983) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM, 1988).
Tetapi persoalannya adakah penggunaannya itu benar-benar dapat mencapaikan objektif pembelaiaran yang diperlukan? Dengan lain-lain perkataan, adakah penggunaan alat/bahan itu dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran? Jika tidak, kita masih dalam peringkat awal dalam usaha menggunakan teknologi pendidikan di sekolah-sekolah. Peringkat awal ini saya maksudkan sebagai peringkat
beroricntasikan alat/bahan media dan kurang memberi tumpuan kepada teknologi pendidikan sebagai proses. Sebagai proses teknologi pendidikan membincangkan proses reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian keseluruhan sistem pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk dan pengembangan pengajaran adalah tulang belakang bidang teknologi pendidikan.
Kajian menunjukkan bahawa amalan teknologi pendidikan di sekolah lebih tertumpu kepada penggunaan peralatan/bahan media.
Walau bagaimanapun dari segi pemahaman konsep teknologi pendidikan itu kajian menunjukkan bahawa teknologi pendidikan mencakupi bidang yang lebih luas daripada penggunaan peralatan media semata-mata.
Di Amerika, Pesuruhjaya Teknologi Pengajaran Amerika, suatu jawatankuasa tertinggi telah dibentuk khas untuk mengkaii kesan dan pengaruh teknologi terhadap sistem pendidikan. Jawatankuasa dapati teknologi pendidikan mempunyai maksud yang lebih luas daripada penggunaan peralatan media.
Teknologi pengajaran adalah suatu cara bersistem, merancang, mereka bentuk, dan menilai kescluruhan proses pengaiaran pembelajaran berhubung dengan objektif-objektif yang khusus berdasarkan kepada proses pembelajaran manusia dan komunikasi dan menggabungkan sumber manusia dan bukan manusia untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Ini bermakna pemilihan dan penggunaan teknologi dalam pendidikan sepatutnya diukur dari segi kesesuaiannya, kemudahan-kemudahan yang tersedia, jenis individu atau pengguna setta tingkat kebolehannya, persekitarannya, kebudayaan dan nilai hidup masyarakat itu dan matlamat atau objektif yang ingin dicapai. Setelah menimbangkan
perkara-perkara tersebut, maka suatu penilaian harus dibuat untuk menguji sejauh mana ia dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu proses dalam teknologi pendidikan melibatkan reka bentuk, pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian keseluruhan sistem pengajaran dan pembelajaran. Kesemua proses ini terkandung dalam definisi teknologi pengajaran oleh Seels dan Richey ( 1994).

BAGAIMANA PULA PENGGUNAAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)?
Seperti yang telah dijelaskan, teknologi pendidikan wujud untuk menyelesaikan masalah pengajaran yang pada akhirnya akan membantu proses pembelajaran. Masalah pengajaran bukan sahaja terdapat dalam sistem pendidikan konvensional malahan lebih dirasai lagi dalam sistem pendidikan jarak jauh ( PJJ) yang terpisah di antara guru (pengajaran) dan pelajar (pembelajaran). Justeru itu teknologi pendidikan
memainkan peranan penting dalam menghubungkan guru dengan pelajar supaya pelajar tidak rasa tetpisah daripada guru dan alam persekolahan.
Dalam sistem PJJ, teknologi pendidikan (iaitu campuran proses dan produk) digunakan untuk membina kurikulum dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.
Media dan kaedah pengajaran (produk) yang digunakan dalam sistem PJJ terbahagi kepada kaedah tanpa bersemuka interaktif dan kaedah bersemuka interaktif.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Kaedah Tanpa Bersemuka Interaktif dalam Sistem PJJ?
Kaedah tanpa bersemuka interaktifialah guru dan pelajar tidak berada dalam satu tempat/kelas yang sama semasa guru mengajar dan murid belajar. Walau bagaimanapun guru dan pelajar dapat berinteraksi antara satu dengan lain menggunakan media atau kaedah seperti bahan koresponden, telefon, telesidang audio grafik, video, komputer, pengajaran bermodul, radio interaktifdan televisyen interaktif. Media dan kaedah yang tersebut di atas dapat mewujudkan hubungan dua hala
di antara guru dengan pelajar. Cara penyampaian tanpa bersemuka merupakan kaedah utama digunakan dalam PJJ.

 

Updated: September 26, 2017 — 12:38 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: