Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 6.1 Penggunaan Teknologi Pendidikan Dalam Sistem Pendidikan Jarak Jauh

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN?
SEBELUM kita membicarakan tentang maksud teknologi pendidikan ada baiknya kita faham dahulu maksud teknologi itu sendiri. Di Malaysia, bila disebut ‘teknologi’ kita sering kali kaitkan dengan alat-alat teknologi moden terutama alat-alat elektronik seperti televisyen, perakam pita video, pemain cakera laser, pemain cakera padat, perakam pita kaset, komputer, projektor filem sisipan dan filem jalur, projektor video, projektor LCD dan projektor overhed. Kadangkala teknologi juga membawa maksud pembangunan atau pemodenan dan biasanya apabila sesuatu organisasi itu maju dan berkembang adalah kerana kesan penggunaan alat-alat teknologi itu sendiri. Sebenarnya kemajuan sesuatu organisasi itu bukan sahaja diukur dari segi penggunaan alat-alat tersebut malahan melibatkan juga sistem pengurusan organisasi itu sendiri. Pengurusan organisasi dan kakitangan yang saintifik dan sistematik seperti pengurusan berobjektif (management by objective) juga menentukan kejayaan sesuatu organisasi itu. Demikianlah juga halnya dengan organisasi pendidikan seperti pendidikan jarak jauh, sekolah dan universiti di mana kemajuan dan perkembangannya bukan sahaja bergantung kepada penggunaan alat-alat bantuan mengajar yang moden tetapi merangkumi aspek-aspek pengurusan seperti perancangan, kelolaan, koordinasi, motivasi dan penilaian. Di samping itu bidang-bidang lain perlu juga dikaji seperti sains tingkah laku dan komunikasi antara manusia dan reka bentuk pengajaran yang juga turut memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai teknologi pendidikan, perlulah kita memahami akan makna teknologi itu sendiri. Mengikut Heinich, Molenda dan Russel (1989) dan Romizowski ( 1988 ) teknologi membawa dua maksud:
1. Teknologi sebagai satu proses. Penggunaan pengetahuan sains dan Iain-Iain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik, kaedah,
reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji.
2. Teknologi sebagai produk. Penghasilan perkakasan dan perisian daripada proses-proses teknologi itu sendiri. Contohnya, projektor (perkakasan) dan filem (perisian) adalah hasil teknologi. Malahan mengikut Reigeluth kaedah dan bahan yang dihasilkan oleh proses teknologi seperti pengajaran berbantu komputer dan modul pengajaran itu juga dianggap sebagai produk teknologi.

Jadi Apakah Sebenarnya Maksud Teknologi Pendidikan?
Oleh yang demikian teknologi pendidikan adalah mengenai pengajaran dan pembelajaran dan seharusnya dilihat dari aspek yang menyeluruh dan bukan hanya dari sudut perkakasan dan perisian media seperti televisyen, pita rakaman, pita video, projektor filem sisipan, filem jalur, projektor overhed dan sebagainya. Alat atau bahan media ini hanya merupakan bantuan atau sokongan pada proses pengajaran dan pembelajaran seperti juga kita menggunakan alat-alat media yang Iain seperti papan hitam, papan kenyataan, papan flanel, gambar rajah, carta dan sebagainya. Sekadar menggunakan perkakasan atau perisian media ini belum cukup untuk dikatakan bahawa kita telah ataupun sedang menggunakan teknologi pendidikan secara tepat dan meluas. Kita harus memikirkan beberapa aspek lain dalam teknologi pendi-
dikan. Persoalan berikut harus diberi pertimbangan:
I. Adakah penggunaan media ini telah dirancang terlebih dahulu dan sesuai pula dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai?
2. Adakah penggunaannya berlandaskan pada teori-teori pengajaran dan pembelajaran manusia dan komunikasi dengan memberi kepentingan perbezaan sifat-sifat individu?
3. Adakah pengurusan organisasi dan kakitangan berialan dengan baik sehingga dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran dengan berkesan?
4. Adakah alat atau bahan media itu diuji, dinilai atau ditayang dahulu sebelum ia dikatakan sesuai dan berkesan untuk membantu proses pengaiaran dan pembelajaran?
5. Adakah kaedah pengajaran dapat disesuaikan dalam proses pengajaran?

Kesemua soalan ini perlu dipertimbangkan jika kita berhajat mengamalkan teknologi pendidikan secara berkesan. Kesimpulannya teknologi pendidikan adalah suatu proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti pembelaiaran secara sistematik dengan tujuan meningkatkan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Seels dan Richey ( 1994) menjelaskan bahawa teknologi pengajaran atau pendidikan merupakan amalan reka bentuk, pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proscs dan sumber untuk pembelajaran.

 

Updated: September 26, 2017 — 12:34 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: