Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Bab 11.1 PERANAN DAN SUMBANGAN MEDIA DALAM PENGAJARAN PENGENALAN

Kemudian guru membuat, membaiki atau mengubahsuai media pengajaran yang akan digunakan dalam pengajaran. Di sini peranan guru masih menjadi penentu atau pemutus kepada keputusan untuk menggunakan media. Dalam hubungan ini pengajaran secara ini dikatakan berasaskan guru. Sebaliknya, sesuatu proses pengajaran mungkin tidak memerlukan seorang guru berada di dalam bilik darjah semasa murid belajar. Pengajaran ala ini dikatakan berasaskan media atau pengajaran kendiri. Media pengajaran yang digunakan dalam sistem ini dihasilkan oleh pihak lain atau mungkin guru kelas sendiri tetapi digunakan oleh murid tanpa bantuan guru. Guru menentukan objektif-objektifpengajaran, memilih kandungan dan kaedah dan menilai hasil pembelajaran. Persembahan pengajaran dan lain-lain aktiviti pengajaran seperti latihan, ujian dan sebagainya dikendalikan oleh media sendiri. Pita video, pengajaran berbantu komputer, sistem audio tutorial, modul pengajaran adalah di antara jenis teknologi pengajaran yang boleh mengambil alih tempat.

 

APAKAH PERANAN UTAMA MEDIA PENGAJARAN?

Media pengajaran memainkan empat peranan utama:

l. Membantu guru/jurulatih dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Menyediakan pengajaran kendiri.

3. Menyokong sistem pendidikan jarak jauh.

4. Membantu pendidikan pemulihan.

 

BAGAIMANA MEDIA DAPAT MEMBANTU GURU DALAM PENGAJARAN?

Membantu guru dalam KBSR dan KBSM, guru digalakkan membuat sendiri alat dan bahan mengajar seperti carta, transparensi overhed, slaid, video dan sebagainya. Guru telah diberi latihan menerbitkan media pengajaran melalui bengkel yang dikendalikan oleh pusat sumber sekolah, pusat kegiatan guru atau pusat sumber pendidikan negeri. Selain itu, media pengajaran juga telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan seperti rancangan TV Pendidikan, Radio Pendidikan dan pukal-pukal pelbagai media.

Pihak swasta juga menyediakan alat-alat bantuan mengajar seperti akhbar dalam bilik darjah dan lain-Iain alat dan bahan pandang dengar. Media merupakan alat yang dapat membantu guru meningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran mudir. Jadi peranan media ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini untuk meningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajar, meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang bermaklumat serta berfikiran kritis dan tajam.

 

BERIKAN CONTOH-CONTOH MEDIA YANG BOLEH MEMBANTU PENGAJARAN?

Kajian telah lama menunjukkan betapa pentingnya peranan guru/ jurulatih semasa menggunakan media pengajaran. Sebagai contoh kajian-kajian awal menunjukkan bahawa jika guru menayangkan filem serta mengaitkannya dengan objektif-objektif pembelajaran, maka maklumat yang diterima oleh pelaiar akan bertambah. Kaiian berikutnya telah mengesahkan dan memperkembangkan kajian ini. Misalnya, Ausubel (1968) mengemukakan konsep maklumat awal (advanced organizers ) sebagai bantuan untuk menghasilkan pengajaran berkesan. Contoh-contoh maklumat awal ini ialah satu tinjauan, pengenalan atau ringkasan penting (epitome) kepada isi pelajaran, satu pernyataan tentang prinsip-prinsip yang terkandung dalam maklumat yang akan

disampaikan, satu pernyatan objektif-objektif pembelajaran dan sebagainya. Kesemua contoh yang diberi ini boleh disampaikan melalui media. Tujuannya ialah ‘menyediakan minda’ pelajaran untuk menerima pelajaran selanjutnya. Moldstad (1974) berpendapat media jika digunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru, kapur dan tutur) akan meningkat proses pembelajaran. Heinich, Molenda dan Russell (1981, 1985,1989) pula mengemukakan model ASSURE untuk merancang pengajaran secara sistematik. Bagi mereka proses pengajaran menjadi lebih berkesan jika penggunaan media dirancang secara sistematik.

 

JIKA GURU TIADA DALAM KELAS ATAU SEDANG SIBUK MEMBERI PERHATIAN KEPADA PELAJAR, BAGAIMANA MEDIA BOLEH MENGGANTIKAN TEMPAT GURU?

Pembelajaran kendiri atau pembelajaran berasakan media. Media boleh digunakan dalam pendidikan formal jika guru tidak ada atau guru sedang memberi perhatian kepada pelajar-pelajar Iain. Sebagai contoh, modul pengajaran boleh digunakan jika guru atau pelajar tidak hadir ke sekolah. Dalam pendidikan tidak formal pula, media seperti pita video dan komputer telah digunakan oleh pelatih ditempat bekerja atau di rumah. Media ini dapat membantu mereka

menjadi pekerja yang lebih cekap, mahir dan berpengetahuan. Kadangkala, media telekomunikasi seperti telefon faksimili atau hantaran elektronik boleh digunakan menghubungi guru/jurulatih. Media yang berbentuk pengajaran kendiri boleh menggantikan tempat guru. Ini memberi kesempatan pada guru membetulkan kesilapan pelaiar, berbincang secara individu dan mengawas aktiviti gerak kerja kumpulan.

Updated: October 4, 2017 — 2:34 pm
Airashima Teknologi Pengajaran © 2018 Frontier Theme
%d bloggers like this: