Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

BAB 1 KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAJARAN DALAM KURIKULUM PENGAJARAN DAN PENDIDIKAN

Bagaiman Teknologi Pengajaran Dikaitkan Dengan Pendidikan?

Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, kauseling, penilaian, pengurusan, dan pengajaran (Beauchamp, 1968). Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, di Jabatan Pendidikan Negeri ialah uniti-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya dan Kaunseling, Dadah, Pengurusan dan Teknologi Pendidikan. Tumpuan perbincangan ialah kurikulum dan pengajaran atau lebih khusus lagi, iaitu teknologi pengajaran.

APAKAH PERBEZAAN DI ANTARA KURIKULUM DAN PENGAJARAN?

Kurikulum memberi tumpuan utama kepada apa yang hendak diajar manakala pengajaran memberi tumpuan utama kepada bagaimana hendak mengajar. Pembina kurikulum menentukan struktur, falsafah, kandungan dan tujuan kurikulum manakala pakar teknologi pengajaran mencari jalan paling baik untuk menyaimpaikan kandungan kurikulum kepada pelajar. Di Malaysia, kurikulum dan pengajaran dirancang dan dibina di peringkat pusat iaitu oleh Pusat Perkembangan Kurikulum dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum merancang dan membina kurikulum sekolah rendah dan menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan pula mereka bentuk, membina, melaksana, mengurusa dan menilai bahan media pengajaran. Cuma kadangkala terdapat pertindihan di antara BTP dan PPK ini dari segi reka bentuk dan pengembangan/pembinaan pengajaran. Pereka kurikulum dan pereka pengajaran kadangkala memainkan peranan yang sama seperti menghasilkan bahan kurikulum dan bahan pengajaran. Pada hakikatnya akibat daripada pertindihan fungsi ini maka pereka kurikulum kadangkala disebut juga sebagai pereka pengajaran.

 

APAKAH DOMAIN YANG TERKANDUNG DALAM BIDANG TEKNOLOGI PENGAJARAN?

Mengikut Seels dan Richey, teknologi pengajaran mencakupi lima domain. Kelima-lima domain ini menjadi asas dan struktur kepada bidang teknologi pengajaran. Lima domain yang dimaksudkan adalah

  1. Reka bentuk
  2. Pengembangan/Pembinaan
  3. Penggunaan
  4. Pengurusan
  5. Penilaian

Mereka definiskan teknologi pengajaran sebagai teori dan amalan reka bentuk, pengembangan/pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian terhadap proses dan sumber untuk pembelajaran. Teori mengandungi konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan kerangka pengetahuan. Manakala amalan adalah aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Tiap-tiap domain mengandungi aktiviti berikut:

  1. Reka bentuk mengandungi reka bentuk system pengajaran, reka bentuk mesej, strategi pengajaran dan ciri pelajar.
  2. Pengembangan/pembinaan mengandungi teknologi cetakm teknologi pandang dengar, teknologi berasaskan computer dan teknologi bersepada.
  3. Penggunaan mengandungi penggunaan media, penyerapan inovasi, pelaksanaan dan institutionalisasi dan polisi dan peraturan
  4. Pengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan system penyampaian dan pengurusan maklumat.
  5. Penilaian mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.

 

BAGAIMANA TEKNOLOGI PENDIDIKAN MENYOKONG KURIKULUM DAN PENGAJARAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI?

Tujuan pusat teknologi pengajaran didirikan ialah untuk merancang program media pendidikan untuk menyokong kurikulum, pengajaran dan penyelidikan. Pusat ini akan memekalkan bahan dan perkakasan media kepada pelajar dan kakitangan akademik untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta akitiviti penyelidikan. Sebagai contoh, Pusat Teknologi Pendidikan dan Media Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang menyediakan perkhidmatan pinjaman perkakasan media untuk kakitangan akademik, bantuan teknikal untuk penggunaan dan penyelenggaraan perkakasan, perkhidmatan pernasihatan dan rundingan untuk penggunaan media di seluruh kampus, perancangan dan pembelian perkakasan media, kemudahan pembelajaran di pusat media dan membina bahan media untuk kakitangan akademik.

Pusat ini mempunyai banyak koleksi bahan pengajaran yang dihasilkan oleh pelajar Rancangan Sijil Teknologi Pendidikan dan pelajar Diploma Pendidikan dan Sarjana Muda Pendidikan dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan. Bahan media ini dibina sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus teknologi pendidikan. Contoh bahan media yang dihasilkan ialah transparensi overhed, carta dinding, kaset audio, slaid, modul cetak, video, pukal pelbagai media dan perisian CAI atau multimedia. Bakal guru atau guru pelatih boleh meminjam bahan ini semasa menjalankan latihan mengajar selama enam minggu di sekolah.

PTPM juga menyokong aktiviti penyelidikan yang dijalankan oleh penyelidik dan kakitangan akademik universiti seperti memberi perkhidmatan penggambaran video di dalam dan di luar kampus, menerbitkan slaid, multimedia dan bahan computer.

Selain menyediakan perkhidmatan media untuk kemudahan pengajaran dan penyelidikan, PTPM juga membantu Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan mengajar kursus teknologi pendidikan peringkat sarjana dan sarjana muda secara konvensional atau jarak jauh. Kursus yang desediakan bagi peringkat Sarjana Muda Pendidikan ialah:

  1. Teknologi dan inovasi pendidikan
  2. Reka bentuk dan pengembangan pengajaran
  3. Penerbitan bahan pengajaran
  4. Pembentukan dan pengurusan pusat sumber pendidikan.

PTPM juga membantu Pusat Pendidikan Jarak Jauh membina bahan pembeljaran jarak jauh seperti video, slaid dan bahan audio.

 

Penutup

Dalam kertas kerja ini telah membincangkan tentang definisi dan domain teknologi pengajaran, perbezaaan di antara kurikulum dan pengajarn dan impak teknologi pengajaran terhadap pendidikan.

Updated: September 17, 2017 — 6:35 am
Airashima Teknologi Pengajaran © 2019 Frontier Theme
%d bloggers like this: