Airashima Teknologi Pengajaran

Pengajaran tentang teknologi yang digunakan selama lebih 10 tahun. Teknologi ini digunakan di peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Pendahuluan

Website ini mengandungi banyak kertas tentang teknologi pengajaran yang telah dihimpun selama sepuluh tahun. Website ini telah dibentang dala seminar teknologi pendidikan peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri dan daerah.

Website teknologi pengajaran ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian 1, membincangkan tentang reka bentuk dan pembinaan pengajaran. Bahagian 2, membincangkan tentang pengurusan, penggunaan dan penilaian sumber atau media pengajaran. Bahagian 3, membincangkan tentang teori, sejarah dan perkembangan teknologi pengajaran/teknologi maklumat. Pembahagian ini dibua berpandukan kepada lima domain penting daam bidang teknologi engajaran iaitu reka bentuk, pembinaan, penggunaan, pengurusan dan penilaian.

Walaupun website ini telah dibentangkan dalam masa-masa tertentu, data dan maklumat dalam beberapa kertas kerja ini telah dikemaskinikan mengikut perkembangan semasa. Perubahan ini tidak menjejaskan krya penulisan asal malahan dapat memberi maklumat terkini kepada pembaca.

Website ini boleh dijadikan rujukan bagi para guru, bakal guru, perancang teknologi pengajaran dan penyelaras pusat sumber pendidikan untuk merancang penggunaan media pendidikan secara sistematik di sekolah atau di institusi pendidikan. Beberapa tajuk yang telah diubah suai juga boleh dijadikan panduan dan rujukan bagi guru-guru yang mengajara di sekolah bestari atau mereka yang terlibat dengan penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah.

Secara umum bidang pendidikan adalah luas dan mencakupi bidang kurikulum, kaunseling, penilaian, pengurusan, dan pengajaran. Di Malaysia unit-unit yang terdapat dalam bidang pendidikan, di Jabatan Pendidikan Negeri ialah unit-unit Kurikulum, Penilaian, Kerjaya dan Kaunseling, Dadah, Pengurusan dan Teknologi Pendidikan. Tumpuan perbincangan ialah kurikulum dan pengajaran atau lebih khusus lagi, iaitu teknologi pengajaran.

Bila saya menyampaikan kuliah kepada guru-guru yang menyertai kursus dalam perkhidmatan atau yang mengikuti program Ijazah Sarjana Pendidikan rentang reka bentuk pengajaran atau pengembangan pengajaran, ramai menyatakan mereka telah pun menggunakan reka bentuk pengajaran semasa mengajar. Mereka menggunakan kaedah dan media serta memberi ujian atau latihan di akhir pengajaran. Cuman mereka kaa mereka tidak tahu bahawa terdapat model-model pengajaran dan teori-teori pengajaran yang mengupas bidang ini secara mendalam dalam aspek reka bentuk dan pembinaan bahan pengajaran. Malahan mereka tidak sedar bahawa bidang ini merupakan satu disiplin khusus dan mengikut Richey dan Reigeluth RP harus dianggap sebagai sains pengajaran.

Soalan-soalan perlu dijelas sebelum membincangkan peranan baru penyelaras pusat sumber (PPS). PPS ialah seorang pemimpin dan pakar dalam organisasi sumber atau media pendidikan yang merancangkan program sumber pendidikan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pusat Kegiatan Guru (PKG) diwujudkan untuk meningkatkan profesionalisme guru yang pada akhirnya akan dapat meningkat dan menjamin mtu dan kecemerlangan pendidikan di sekolah. Keperluan menubuhkan PKG ini dipengarhi oleh perkembangan kurikulum dan penyusunan semula kurikulum supaya sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan negara.

Dua istilah harus dijelaskan sebelum membicarakan penggunaan teknologi dalam inovasi pendidikan. Pertama ialah istilah teknologi. Teknologi bermaksud proses dan produk yang digunakan untuk membangunkan negara atau membaiki sesuatu sistem seperti sistem pendidikan. Proses mencakupi pengetahuan saintifik dan kaedah atau teknik untuk menyelesaikan masalah manakala produk adalah ciptaan daripada proses teknologi itu sendiri. Penjelasan ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler iaitu teknologi bukan pengetahuan saintifik.

Dalam website ini, bahagian 1 akan berbincang kepentingan teknologi pendidikan dalam kurikulum, reka bentuk pengajaran: kegunaan dan kepentingannya dalam pendidikan, menulis objektif pembelajaran, penggunaan baha murah dan reka bentuk pengajaran bersistem dalam pembinaan pengajaran berbantuan komputer. Bahagian 2 ada peranan baru penyelaras pusat sumbr pendidikan dalam pengurusan program sumber pendidikan sekolah, pusat sumber sekolah dan pusat sumbr kelompok – konsep dan model. Bahagian 3 ada penggunaan teknologi dalam inovasi pendidikan, tren penggunaan media pendidikan di malaysia dan penggunaan peralatan media di sekolah menengah.

Airashima Teknologi Pengajaran © 2018 Frontier Theme